BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 9 October 2010

[PENGUMUMAN] regarding visa

by nawwar at alexmed


Salam wbt...

Sesiapa yang pasportnya tamat pada bulan Mac 2011 atau Jun 2011 atau bila-bila sahaja (asalkan kurang dari tempoh setahun), TIDAK PERLU hantar pasport untuk urusan pembaharuan visa pelajar.
Anda perlu membuat pasport baru terlebih dahulu, kemudian mohon visa pelajar untuk tempoh setahun.
Penalti sebanyak lebih kurang LE153 dikenakan kepada mereka ini beserta LE105 semasa memohon visa nanti.
Sekiranya telah serahkan pasport tersebut, dokumen dan bayaran, sila tuntut kembali.

Survey tempoh hari berkaitan pembaharuan pasport dari Mesir bertujuan untuk mengetahui bilangan mereka yang ingin renew dari Mesir. Sekiranya ramai, kita boleh cuba bawa pegawai terlibat untuk urusan tersebut, tetapi sekiranya sedikit sahaja, anda perlu ke Cairo untuk menguruskannya.

Sekian, terima kasih.


Nawwar Afifah Binti Zakaria
5th year
IUMP AFM
Timb. Ketua Unit Kebajikan PCI.

0 comments: