BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 12 October 2010

[ISU SEMASA] Inflasi Meningkat di Mesir

by hafiz at alexmed


Sedih saya mengatakan bahawasanya, bermula tarikh 10 Oktober 2010, Kerajaan Mesir (Egypt) kini
berhadapan dengan masalah inflasi yang teruk apabila kadar inflasi mereka meningkat kepada 11%.

Menteri Pembangunan Kewangan mereka, Osman Muhammed Osman, mengulas kenaikan harga adalah kerana masalah musim dan peralihannya di samping masalah-masalah sementara yang lainnya.

Ditanya utk mengulas lebih lanjut, tiada.

Namun menurut Perdana Menteri mereka, Ahmed Nazif ekonomi Egypt akan meningkat kembali pada akhir June 2011.

Sila rujuk laman web berikut utk maklumat lanjut:
http://business.maktoob.com/20090000519988/Egypt_s_urban_price_inflation_hits_11_pct/Article.htm

http://arabnews.com/economy/article158401.ece

http://www.almasryalyoum.com/en/news/egypts-inflation-rises-11-amid-food-price-hikes


Maka, saya berpesan pada diri saya dan diri rakan2 khususnya adik-adik baru di Mesir supaya berhati-hati ketika berbelanja. Sempat saya ke MARA sebelum pulangnya saya ke Iskandariah dan pegawai-pegawai sana meminta agar kita berpada-pada dalam berbelanja.

Rujuk pada mereka yang lebih arif untuk mereka yang masih baru di Mesir agar tidak terlanjur berbelanja.

Akhirkata, terlajak perahu boleh dikayuh, terlajak kata tak boleh tarik, terlajak berbelanja haru segala!

Jazakallah.

Assalamualaikum.

mike@al-Hafiz,2010

0 comments: