BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 16 August 2010

[PENGUMUMAN] regarding renewing the passport

from nawwar at alexmed

Salam wbt,

Sekadar peringatan untuk perhatian semua pelajar, terutamanya batch tahun 4 2006/2007, tempoh tamat passport kebanyakannnya sekitar awal 2011. Justeru, kepada yang pulang bercuti di Malaysia, anda dinasihatkan untuk memperbaharui passport anda di Malaysia kerana lebih cepat dan mudah. Boleh siap dalam masa 2 jam sekarang. Harga untuk renew passport untuk tempoh 5 tahun ialah RM300. 6 bulan sebelum passport terkini tamat, sudah boleh mohon untuk permohonan passport baru.

Selepas dapat passport baru, tidak perlu ambil visa di Malaysia. Apabila pulang semula ke Mesir, di airport Mesir nanti akan diberi visa pelancong selama 2 minggu. Selepas itu, boleh mohon visa pelajar untuk tempoh setahun seperti biasa melalaui Madam Sana'.

Kalau tak renew di Malaysia pun tiada masalah. Boleh renew dari Mesir melalui JPMK, tapi lambat la. Biasanya mengambil masa lebih dari 3 bulan untuk dapat passport baru. Bayaran pula lebih kurang USD 100.

Semoga semua pelajar ambil berat tentang passport masing-masing. Sebarang masalah boleh rujuk terus kepada pihak JPMK.


Semoga dipermudahkan dalam exam final ortho.
Selamat bercuti.
Ramadhan Kareem.


Nawwar Afifah Binti Zakaria
4th year
IUMP AFM
Timb. Ketua Unit Kebajikan PCI.


more by zainal at alexmed
Bagi yang renew passport di Malaysia, jgn lupa bawak surat tawaran pengajian dari MARA masa pergi pejabat pendaftaran tu, untung2 dapat student price, RM150 jer, tp x sure la leh dapat ker tak sebab tempoh pengajian kita tinggal 2 tahun jer, but why not give it a try rite? Jangan bajet bawak kad student sahaja, masa sy pergi renew passport 2 years ago, pejabat pendaftaran x recognize kad student univ kita sbb terlalu simple katanya, so the best proof that u're a MARA student studying in Egypt is the offer later.

Sekadar tambahan, wallahu'alam.

0 comments: