BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 16 August 2010

[ARTIKEL] Ucapan Selamat Pengantin Baru Pengerusi PCI Kepada Pasangan Pengantin Iskandariah

nice speech, nice atricle
by Rahim, at alexmed

Ucapan Selamat Pengantin Baru Pengerusi PCI
Kepada Pasangan Pengantin Iskandariah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah SAW. Perkahwinan merupakan salah satu sunnah Rasulullah dan ALLAH juga menggalakkannya.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antarakamu”. (Surah al-Nuur: 32).

Perkahwinan menyatukan dua makhluk ciptaan ALLAH yang berbeza jantina iaitu lelaki dan perempuan untuk mereka saling melengkapi bagi menyempurnakan ibadah kepada ALLAH SWT. Perkahwinan menawarkan peluang kepada ahlinya untuk mengecapi ketenteraman, kasih sayang, bahagia, kesenangan, jauh dari keluh kesah, tidak berseorangan, murah rezeki dan menjaga kehormatan diri masing-masing. Melalui perkahwinan lahirlah perasaan cinta dan kasih sayang yang halal di sisi syarak dan disukai oleh ALLAH SWT.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untukkamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antarakamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.(Surah al-Rum: 21)

Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari.Cinta yang terbitdarisatu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.

Dalam menghadapi perkahwinan, kemahiran komunikasi memainkan peranan yang sangat penting. Tambahan pula dengan kesempitan ruang masa,dek dunia yang mencabar dan ujian-ujian yang sentiasa menimpa dari semasa ke semasa. Maka oleh itu wajarlah kepada yang telah, sedang dan akan berkahwin menguasai kemahiran ini dalam memastikan komunikasi yang optimum dan penggunaan masa bersama yang berkualiti.

Menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah merupakan idaman setiap pasangan yang berkahwin. Namun beraparamai pula yang mampu untuk menjadi ayah danibu yang baik untukanak-anakmereka?Oleh itu ilmu keibubapaan juga penting dalam melahirkan anak yang soleh dan solehah. Persediaan melahirkan anak yang soleh dan solehah bermula dari ibu bapa itu sendiri. Bukan selepas anak dilahirkan, tetapi sebelum berkahwin lagi perlu membuat persediaan.

Oleh itu, saya mewakili seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah khususnya dan ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah amnya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua pasangan yang akan berkahwin pada tahun ini iaitu:

  1. Ahmad Farhan Bin Mahabot dan Nur Sa’adah Binti Zaimi
  2. Mohd Fadhil Bin Ab Latif dan Nik Haslimatom Binti Nik Hassan
  3. Tengku Muhammad Fakhruddin Tg Md Fauzi dan Siti Aisyah Binti Mohd
  4. Atif Bin Shamsudin dan Raja Suhaili Binti Raja Amir Iskandar
  5. Ahmad Tarmizi Mohamad Zin dan Siti Noor Fairuz Binti Mohd Arshad
  6. Khairunnisa Binti Haji Mohd Idris dan Dr. Mohd Fahd Adeeb Bin Mohamed Ashraf
  7. Anisah Binti Ali dan Saiful Islam Bin Saffia'ai
  8. Nurul Atikah Binti Ab. Latiff dan Ahmad Eisa Bin Zakaria

Ya ALLAH, berkatilah mereka, himpunkanlah mereka dalam kebaikan dan kasih sayang yang berpanjangan dan kurniakanlah kepada mereka lidah yang lembut dan sentiasa menyebut nama-MU, hati yang bersih, iman dan ketaqwaan yang mantap, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi, saling menyayangi, bertolak ansur dan memahami antara mereka sertahidup dalam kebahagiaan dan ketaqwaan.

barakah2.jpg (229×44)

Selamat Pengantin Baru

Taqwa, Syifa', Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

Abdul Rahim Bin Suhaini,
Pengerusi ,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
Sesi 2010/2011

0 comments: