BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 16 August 2010

[ARTIKEL] Perutusan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah Sempena Ramadhan 1431 Hijrah

can be made into a nice article. it's not too late right?

by Rahim, from alexmed

Perutusan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah
Sempena Ramadhan 1431 Hijrah


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala puji kepada ALLAH, Tuhan Pencipta manusia yang masih membenarkan kita sekali lagi untuk bertemu dengan satu bulan yang yang dinanti-nanti. Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, dilipatgandakan segala amalan juga bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejarnilai TAQWA.


“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telahdiwajibkan keatasdirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan keatas umat sebelumkamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”


Tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah SAW sering mengingatkan para sahabat baginda akan erti dan nilai bulan yang sangat mulia ini. Semuanya adalah untuk kita mengambil peluang yang dibuka luas oleh ALLAH SWT sebanyak-banyaknya pada bulan ini seperti mana dalam sepotong hadith, Baginda SAW bersabda:


Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan keatas kamu oleh Allah ‘AzzawaJalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]


Sudah terang lagi bersuluh, jalan kesyurga telah ALLAH buka seluas-luasnya untuk orang-orang yang bijak memanfaatkan peluangini. Ianya ibarat di depan mata kita disediakan satu jet peribadi untuk menerbangkan kita ke Malaysia, dengan keadaan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, cuti yang panjang dan ibubapa yang tersenyum ceria menanti di rumah dengan pelbagai hadiah. Hanya yang tinggal adalah untuk kita menggerakkan anggota tubuh badan menaiki jet tersebut yakni mengambil peluang yang ditawarkan. Namun kita sikit pun tidak mengendahkannya. Malah menutup mata, menafikan kewujudannya.


Maka begitu jugalah dengan Ramadhan.


Apabila pintu syurga telah dibuka, pintu neraka telah ditutup, syaitan juga telah dilemahkan potensinya untuk mengganggu manusia, malah pelbagai insentif dan gandaan pahala yang ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk memperolehinya, ia menandakan kita memang tidak minat dengan ALLAH, tidak berminat dengan tawaranNYA, tidak kisah akan syurga dan neraka. Maka sesungguhnya, orang-orang ini tidak mendapat rahmat ALLAH SWT. Semoga kita dijauhkan daripada bersikap sedemikian.

Bulan ramadhan adalah bulan Tarbiyah. Satu bulan yang cukup sesuai untuk mendidik diri menjadi muslim yang lebih baik. Kita diajar untuk mengatakan TIDAK untuk sesetengah kemahuandan keinginan diri, semata-mata kerana mahu mentaati ALLAH SWT. Itulahsebuah LATIHAN yang ditawarkan oleh madrasah Ramadhan. Melalui LATIHAN inilah terbentuknya peribadi muslim yang hebat yang mempunyai kekuatan untuk mengawal keinginan dan kemahuan, agar kita tidak terus menerus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri.


Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang disembah? Lalu dia disesatkan oleh Allah dalam keadaan dirinya berilmu dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakahlagi yang dapat member hidayah petunjuk kepadanya sesudah? Olehitu, mengapa tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyyah : 23]


Ibadah yang disukaioleh ALLAH adalah ibadah yang istiqamah. Janganlah selepas berakhirnya Ramadhan ataupun di hujung-hujung Ramadhan, kualiti ibadah semakin menurun dek kebosanan dan keletihan melaksanakan ibadah. Tetapi sepatutnya graf keimanan semakin meningkat seterusnya menyiapkan diri kita untuk menghadapi setahun yang mendatang sehinggalah Ramadhan yang seterusnya tiba.


Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Iskandariah menyeru kepada semua ahli agar merebut peluang yang ditawarkan oleh ALLAH sepanjang bulan Ramadhan ini sebaik mungkin dan berharap Ramadhan kali inilebih baik dari Ramadhan yang lepas. Isikanlah Ramadhan ini dengan berterawikh, membaca dan mentadabbur Al-Quran, bersedekah, qiyamullail, berdoa sebanyak-banyaknya dan cuba sebaik mungkin membaiki diri.


PERUBATAN Cawangan Iskandariah juga tidak lupa menyeru semua ahli untuk kita bersama-sama menghidupkan bulan yang penuh berkat ini dengan program-program yang bakal kita adakan. Antaranya termasuklah Qiamullail, Iftar jamaei, tadarus al-quran, diskusi kitab dan lain-lain lagi. Sesungguhnya setiap program yang kita adakan ini tidak lain melainkan untuk kita mengambil manfaat bersama-sama. Unit Pembangunan Insan akan mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak ahli dalam memakmurkan lagi ramadhan kali ini.


Sertakanlah jiwa kita bersama untuk membasuh segala hasutan nafsu yang ada. Jadikan peluang yang ada ini untuk mengikuti sebanyak mungkin aktiviti yang semestinya lebih mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT. Ingat, syaitan telah pun dibelenggu, maka yang ada Cuma hawa nafsu yang akan menguji kekuataniman kita. Bersedialah sebaiknya supaya kita tidak terpedaya dan hanyut dengan dunia.


Sabda Nabi saw : “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurun kan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan Dia membangga-banggakanmu kepada malaikat-Nya, makatunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu.Karena orang-orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini."


“Rahmat, Keampunan, Pembebasan daripada api neraka”

SelamatmenyambutRamadhan Al-Mubarak



Abdul Rahim Bin Suhaini,

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

1 Ramadhan 1431 Hijrah

0 comments: