BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 21 April 2010

[KELAS] PCI: Madrasah Cendekiawan ar-Razi


frowarded from alexmed

Assalaamualaikum WBT.

Madrasah Cendekiawan ar-Razi di bawah pimpinan Ustaz Salman Maskuri akan diteruskan seperti biasa pada minggu ini. Khas buat mahasiswa mahasiswi Iskandariah, anda sangat dialu-alukan untuk sama-sama hadir memenuhi ruangan majlis ilmu pada Jumaat ini bersamaan 23 APRIL 2010. Namun terdapat sedikit perubahan pada tempat. InsyaAllah kelas akan diadakan di MARKAZ UPI Sporting (Rumah Syairazi @ Duang).

Madrasah Cendekiawan ar-Razi kini dibuka kepada semua pelajar-pelajar yang berminat untuk terus istiqamah menuntut bersama Ustaz Salman. Oleh kerana ruang begitu terhad, pihak pengelola meminta perhatian sesiapa yang berminat untuk memberi nama untuk PENDAFTARAN. Kertas pendaftaran akan diedarkan dalam dewan kuliah masing-masing. Pendaftaran dibuka mulai sekarang, Percuma tanpa sebarang Yuran.

Diharap sahabat-sahabat tidak terlepas peluang keemasan ini untuk terus melebarluaskan medan pengajian ilmu. Sama-sama kita mengambil ihtimam @ cakna semoga kita menjadi orang yang terpilih sebagai penuntut di Madrasah Cendekiawan ar-Razi. Tidak lupa kepada para MENTOR Iskandariah, anda sangat-sangat diharapkan untuk turut serta mendaftar bersama Madrasah Cendekiawan ar-Razi untuk menambah pengetahuan dan memantapkan kefahaman selaku pembimbing dan qudwah kepada para mentee.

Antara objektif ditubuhkan Madrasah ar-Razi ialah:
  1. Memperkukuhkan ilmu pengetahuan pelajar tentang aqidah dan akhlak dalam islam
  2. Memperkemaskan disiplin ilmu agama bakal doktor supaya lebih berkembang luas, tersusun dan teratur sesuai dengan keperluan dalam bidang kedoktoran.
  3. Mempersiapkan diri dan jiwa ahli PCI umumnya dan para mentor khususnya.
  4. Melatih mahasiswa mahasiswi untuk bersedia ke arah menjadi pendakwah masa depan bagi menghadapi mehnah dan tribulasi yang lebih tercabar.
  5. Menyuburkan suasana ilmiah dan biah solehah dalam golongan bakal doktor serta memantapkan iklim dini (keagamaan) di bumi Iskandariah.

Semoga dengan kerjasama anda semua akan melancarkan lagi perjalanan Madrasah Cendekiawan ar-Razi ini.
Daftarlah Segera!!




Mohd Faez Bin Kadir @ Salleh,
Ketua Unit Pembangunan Insan,
PERUBATAN Caw. Iskandariah Sesi 2010/2011

0 comments: