BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label pci. Show all posts
Showing posts with label pci. Show all posts

Saturday, 15 January 2011

[KELAS] kelas pengajian Fiqh perubatan

by syazwan at alexmed


Assalamualaikum,

Alhamdulillah melalui inisiatif beberapa sahabat, kami merancang untuk mengadakan kelas pengajian Fiqh perubatan dan kelas ini kami bukak untuk tahun 5 sahaja kerana tempat adalah terhad. Antara objektif yang ingin dicapai adalah untuk kita mengetahui dan memahami hukum-hukum semasa yang berkaitan dengan masalah dalam bidang perubatan.. Kitab yang akan dibincangkan sepanjang perjalanan kelas ini adalah:


Kitab: Fiqh Al-Qadaya at-Tibbiya Mu’asirah

Pengajar: Ust Aqli

Masa: Jumaat (14/1/2011, 6.00 p.m)

Tempat: Rumah Saudara Farhan Mahabot & Nur Saadah


Thursday, 16 December 2010

[PROGRAM] futsal mingguan inkhwah

Assalamualaikum wbt,

InsyaAllah pada minggu ini, ada berlaku sedikit perubahan di mana padang di istad gamaah akan digunakan oleh ikhwah. Pada minggu hadapan, akhawat pula akan menggunakan padang di istad.

Futsal Mingguan Ikhwah

Tarikh: 17/12/2010( jumaat)
Tempat: Istad Gamaah
Masa: 8.00-10.00 pagi
Bayaran: -
Pakaian: Menutup Aurat

Jemput semua hadir beramai-ramai.



"A strong believer is better and more beloved to Allah than a weak one."

(Reported by Muslim)

Tuesday, 9 November 2010

[PROGRAM] Seminar Ibadah Pesakit 2: Map

by paan md ali at alexmed


Attached is the plan to CINEMA ABDUL MUNAIM JABIR, the venue of the events.

__._,_.___

Attachment(s) from Paan Md Ali

1 of 1 Photo(s)

[EVENT] pilihanraya iskandariah

by saufi and

Unit Penerangan,
Jawatankuasa Pemilihan Perubatan Cawangan Iskandariah 2010
at alexmed

Assalamualaikum….

Saya mewakili Jawatankuasa Khas Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN Cawangan(JPC) Iskandariah akan memaklumkan bahawa di dalam masa yang terdekat ini, pilihanraya akan diadakan untuk melantik AJK baru bagi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) untuk sesi akan datang.

Pada kali ini, konsep penamaan calon adalah berlainan berbanding dengan pada tahun-tahun lepas.

Jadi, segala format terbaru mengenai pilihanraya kali ini akan disampaikan melalui Y! Group,Blog dan lain-lain medium yang akan dimaklumkan kelak.

Diharapkan setiap ahli mengambil cakna setiap perkembangan terbaru dan sebarang pertanyaan/penjelasan boleh dibuat melalui saluran yang akan dirangka kelak.

Sekian, Assalamualaikum….


"BERKAT, TELUS, CEKAP"


Yang Menjalankan Tugas

MUHAMMAD SAUFI BIN YAAKOB

PENGARAH JPC Iskandariah Sesi 2010/2011

----------------

assalamualaikum..


anda sudah setahun atau lebih mendaftar sebagai ahli perubatan?


jika YA,
anda sudah layak untuk mengundi!






Nantikan kemunculan


Pilihanraya
Perubatan Cawangan Iskandariah (sesi 2010/2011)


tidak lama lagi...



bersedialah untuk memilih pemimpin pilihan anda!



Unit Penerangan,
Jawatankuasa Pemilihan Perubatan Cawangan Iskandariah 2010

[EVENT] 'Eiduladha 1431: Doors of Opportunities


1. Jamuan Hari Raya Aidiladha MARA

by hanani at alexmed

assalamualaikum wbt..

insyaAllah pihak MARA akan menganjurkan jamuan bersempena Hari Raya Aidiladha yg akan menjelang tidak lama lagi.dan akan diedarkan tabung INFAQ di dlm semua lecture hall utk sesiapa yg bermurah hati utk menyumbang utk jamuan ini.

disebabkan student2 tahun lima lect B skrg tgh elektif,semuanya belajar tempat yg berasingan,jadi kami akan lantik
seorang wakil utk setiap elektif,utk mengutip duit infaq ini.

segala pertolongan dan sumbangan dari mana2 pihak amatlah dihargai.syukran jazilan.


2. korban-rumah kelantan

by kadir at alexmed

kepada anak2 kelantan yang berada d alex, egypt. sape2 nak buat korban under rumah kelantan utk raya haji ni boleh bg nama kat saya (abdullah kadir) dengan segera..

unta satu bhagia 800le, kambing ikut harga semasa. sape2 nak, atau ade sebarang pertanyaan, bole kontek ustaz muaz (+20113265824) atau fatin husna nawi (+20148476323). atau sy sendiri.


3. Korban-Anak-anak Terengganu

by aisyah at alexmed

Salam w.b.t.
kepada mana2 ahli KPT yang berminat untuk menyertai korban unta (LE 700-900),
lembu/khoruf (LE850-1000), kambing (LE 500-700)..
sila bagi nama anda kepada NUR FARHANA HANAFI di talian 0116452606..
sekian, terima kasih.

SALAM EID MUBARAK..


4. Promosi Hebat Korban Raya

by safiq at alexmed

bAhawa swsungguhnya bahawa

TAWARAN HEBAT TELAH BERMULA....
tawaran TERBUKA SELAMA 3 HARI SAHAJA (SELASA,RABU DAN KHAMIS)

LEMBU & UNTA - 1000 L.E SEBAHAGIAN

KAMBING KAMPUNG - 700 L.E SEBAHAGIAN

jika BERMINAT.........
sms NAMA & JENIS BINATANG KORBAN yang diingini kpd

011-6748259

INGAT!!! sIapA cEpAt dIA dAPAt !!!



5. Ibadah Korban 1431 H PCI

by azria at alexmed

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH


" Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat ). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah)"
( QS. 108:1-3 )

" Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, keana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah) ".
(QS. 22:34)





Sunat-sunat dalam ibadat korban dan adab-adabnya :


1. Disunatkan tidak mencukur rambut atau bulu di muka dan badannya setelah masuk 10 Zulhijjah serta tidak memotong kuku sehinggalah selesai sembelih.

Riwayat dari Ummu Salamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang ada padanya binatang yang ingin dikorbankan, lalu ia melihat anak bulan Zulhijjah maka jangan mencukur bulunya, dan memotong kukunya sehinggalah ia telah melakukan korban”

2. Disunatkan menyembelih korbannya sendiri.
- Boleh juga digantikan kepada orang lain yang halal sembelihannya, lelaki atau wanita.
- Disunatkan kepada orang yang diwakilkan itu alim dengan hukum-hukum sembelih agar ia lebih mengetahui tentang sunnah sembelih.
- Apabila diwakilkan kepada orang lain untuk sembelih disunatkan kepada orang yang melakukan korban menyaksikan upacara sembelihan itu.

Riwayat dari Abu Said Al-Kudri RA : bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Fatimah RA :

“ Bangun ke korbanmu dan saksikannya, sesungguhnya titisan pertama daripada darahnya diampunkan pada kamu dosa apa yang telah lalu “

3. Disunatkan bagi penyembelih membaca ‘bismillah’ dan bertakbir.

Riwayat dari Anas RA bahawa Nabi SAW membaca bismillah dan bertakbir.

Disunatkan berdoa kepada Allah Taala dengan berkata :
“ Ya Allah terimalah ibadat korban dari kami “

Riwayat dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW menyembelih kambing biri-biri dan berkata :
“ Dengan nama Allah, wahai Tuhan terimalah dari Muhammad dan dari keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad “

Cabang-cabang dari perkara korban :

1. Korban lebih afdhal dari sedekah sunat.
2. Tidak sah melakukan korban untuk orang lain yang hidup tanpa izinnya kerana korban adalah ibadah. Asal pada ibadah tidak boleh dilakukan oleh orang yang lain melainkan ada dalil, lebih-leibh lagi tanpa izinnya.
3. Tidak sah korban dari orang mati yang tidak mewasiatkan, sekiranya diwasiatkan boleh, pendapat lain mengatakan sah juga korban orang mati walaupun tidak mewasiatkan (diiktibar sedekah).



Tempahan korban masih dibuka.
- hanya LEMBU sahaja akan digunakan sebagai ibadah korban.
- 1 bahagian lembu : LE 1200

Sila hubungi :

Muhammad Norazri bin Noraznan
Tahun 3
0116370077
muhammadnorazri@yahoo.com



" Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." ( QS. 22: 37 )




6. SEDEKAH KORBAN UNTUK PALESTIN-projek amanpalestin malaysia

from a sister's blog


assalamualaikum sahabat2,

aidiladha bakal tiba, dan ini ada peluang untuk anda beramal dan menambah pahala dengan membantu sahabat2 kita di palestin.

SEDEKAH KORBAN UNTUK PALESTIN-projek amanpalestin malaysia

sedekah korban adalah sejenis sedekah, yang dikaitkan dengan ibadah korban kerana sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membeli haiwan kurban dan disembelih pada hari aidiladha untuk diagihkan kepada penduduk palestin.

  • penyertaan untuk sedekah korban RM350.

bagi mereka yang mahu melakukan ibadah korban, juga ada projek korban:

  • RM1000 untuk 1 bahagian lembu dan RM900 untuk seekor kambing.

STUDENT2 MEDIK ALEXANDRIA jika anda berminat,boleh bagi nama dan duit kpd saya, insyaAllah duit akan diserahkan kpd wakil amanpalestin di mesir-saya skdr membantu.

(boleh bg duit genih yang sama nilai dgn rm350-ikut nilai semasa= 650LE)




untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web amanpalestin.net

semoga ia menjadi ruang utk kita merebut pahala dan ganjaran dari Allah, disamping membantu sahabat2 kita yang sentiasa berjuang di bumi palestin yang diberkahi.

Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, “membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefardhuan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah”.



a link to watch:

Saturday, 6 November 2010

[IKLAN] ibadah korban PCI: SEBAB2 HARGA LEMBU DI ALEX MAHAL.

by muhammad haris


Assalamualaikum,

berhubung dgn subject yg ditulis, saya telah bertanya kepada ustaz2 UMI di mandarah mengapa lembu2 utk korban bg sebahagian mahal, ini adalah kerana:

1.kenaikkan harga daging di mesir..[mungkin sbb inflasi kot]
2.pembekal2 di alex juga menerima bekalan daripada cairo jadi disebabkan urusan pengangkutan, lembu yg dibawa ke alex menjadi sedikit mahal berbanding cairo.


bg yg mahu mengambil bahgian korban utk unta dan kambing, boleh la berhubung dgn USTAZ UMI bagi KAMBING, dan ke KAHERAH untuk mengambil bhagian utk UNTA..

disini kami tidak menyediakan penyembelihan UNTA kerana kurang tenaga pakar dari PERUBATAN dan pihak UMI sendri..

[PROGRAM] Seminar Ibadah Pesakit 2: info and name list

by syim-I at alexmed


assalamualaikum wbt,

salam mahabah utk semua warga ahli perubatan alex. disni, kami (ajk pelaksana) ingin mengikatkan kembali mengenai program seminar ibadah pesakit yg akan berlangsung tidak lama lagi, insyaAllah.

so, untuk memudahkan proses penyebaran maklumat mengenai program ini, kami mengesyorkan anda semua mendapatkan update terkini di blog seminar ibadah pesaki :
http://seminar-pci.blogspot.com/


insyaAllah, blog ini akan diupdate dari masa ke semasa.

moga apa yang diusahakan ini dapat memudahkan anda semua dan pihak ajk pelaksana dalam menjayakan program ini

wassalam..

-------------
THE NAMELIST

[Attachment(s) from Paan Md Ali included below]

Salam wbt.

Berikut disertakan senarai nama peserta seminar. Nama yang dihighlightkan, masih belum membayar yuran. Anda diminta berbuat demikian sebelum 8 November 2010 untuk mengelakkan penyertaan anda dibatalkan. Sekian terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada:

seminaribadahpesakit@yahoo.com

__._,_.___

Attachment(s) from Paan Md Ali

3 of 3 File(s)

Wednesday, 3 November 2010

[PROGRAM] Seminar Ibadah Pesakit 2: registration

by ihsan at alexmed


salam wbt

sekadar pemberitahuan, kepada peserta tahun 3, 4 , 5 dan 6 yang telah mendaftar. Sila jelaskan bayaran yuran penyertaan anda kepada SR tahun masing2.
bagi yang ingin GANTI ORANG ke nk TARIK DIRI ke BARU NK DAFTAR ke sila maklumkan kepada ajk promosi dan pendaftaran

bagi yang BARU NAK DAFTAR (utk tahun 3,4 dan 5 sahaja) boleh hantar nama , email, dan no telefon ke email ni
seminaribadahpesakit@yahoo.com

bagi yang nak ganti orang atau nk tarik diri bleh bg tau kat ajk promosi dan pendaftaran directly

Muhammad Hasyimi Bin Mat Noor
EMAIL/YM: hsblh_122@yahoo.com

Nurul Ain Farhan Mohd Ali
EMAIL/YM: hurtinghatred@yahoo.com

sekian terima kasih

Muhammad Ihsan bin A.Wahab
Pengarah
Seminar Perubatan dan Ibadah Pesakit kali ke-2

Sunday, 31 October 2010

[PROGRAM] Seminar Ibadah Pesakit 2: food

by hanun noor at alexmed


Salam wbt..

Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa dalam redha Allah,insyaAllah.
Memandangkan seminar bakal berlangsung tidak lama lagi,insyaAllah, maka kami di pihak jawatankuasa ingin membuat sedikit pengumuman.

Kepada mana-mana peserta yang mempunyai 'hypersensitivity' atau dengan kata mudahnya,alergik dengan apa sahaja jenis makanan,anda diminta untuk memaklumkan hal berkenaan kepada pihak kami.. Contohnya, santan, ayam, daging etc.. .Ini insyaAllah memudahkan pihak kami untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kebajikan para peserta terjaga. Bagi peserta yang mempunyai hypersensitivity, pihak kami akan berusaha untuk menyediakan juadah yang lain, biiznillah.

Tarikh akhir untuk memaklumkan perkara ini adalah pada 2 NOVEMBER 2011 kepada :


AJK MAKANAN DAN JAMUAN
SEMINAR IBADAH PESAKIT KALI KE-2

Ikhwah : Nu'aim Hibatullah bin Mohd Nizar
No.tel : +2011-5973793
YM : aimace_90@yahoo.com

Akhawat : Noor Hanun binti Mat Rawai
No.tel : +2011-9837443
YM : noor_hanun89@yahoo.com



Kerjasam kalian kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.



" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" Al-Baqarah : 208

Sunday, 17 October 2010

[PROGRAM] & [VIDEO] Seminar Ibadah Pesakit 2: Videos

by paan md ali at alexmed


survey:




Friday, 15 October 2010

[PROGRAM] Seminar Ibadah Pesakit 2: Perbidanan dan Sakit Puan

paan md ali at alexmed


Pesakit: Air ketuban saya pecah semalam
Doktor: Saya dah buat ultrasound, air itu masih mencukupi untuk janin. Dan ia masih selamat. Awak hanya perlu berehat dan bertenang.
Pesakit: Jadi, apa hukumnya air yang keluar semalam? Saya boleh solat?
Doktor: errr..


Anda ada jawapan untuk soalan di atas? Anda risau menghadapi situasi sebegini pada masa depan?

KAMI ADA SOLUSI


Seminar Ibadah Pesakit Kali ke-II
12 dan 13 November 2010
Tajuk: Perbidanan dan Sakit Puan
TEMPAT TERHAD
dan keutamaan diberikan kepada tahun 3, 4, dan 5 (dan 6)
Yuran: LE 50
(termasuk kertas kerja, makanan, dan fail)

DAFTAR SEGERA!!
Sertakan nama, tahun pengajian, alamat emel, nombor telefon, dan hantar kepada

  • SR
  • emel: seminaribadahpesakit@yahoo.com
  • IM; seminaribadahpesakit
sebelum 31 OKTOBER 2010

Maklumat lanjut:
sila rujuk BLOG RASMI
(klik sini)
atau emel kepada: seminaribadahpesakit@yahoo.com

Monday, 16 August 2010

[PROGRAM] Daurah Kitab dan Majlis Berbuka Puasa

by faez, at alexmed


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukacita ingin dimaklumkan di sini bahawa, Unit Pembangunan Insan akan menganjurkan satu lagi Diskusi Kitab dan Majlis Berbuka Puasa bersempena ihya' ramadhan kali ini.

Di sini disertakan butir-butir mengenai program diskusi tersebut;

Tajuk Kitab :
"أحكام حديثي العهد بالإسلام"
Penyampai : Ustaz Muhammad Fairuz Bin Tamjis
Tarikh: 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431 H
Hari : Selasa
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Asrama MARA.


Diskusi akan diakhiri dengan majlis berbuka puasa. Juadah berbuka puasa akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta dialu-alukan juga untuk membawa juadah tambahan.

Akhir kalam, ayuhlah kita memanfaatkan peluang ini untuk menambah kefahaman dan meluaskan lagi ilmu pengetahuan.


07b32685.jpg daurah 2 picture by student_090

Untitled-1.jpg daurah 1 picture by student_090

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs525.snc3/29868_393130579681_743769681_4286373_8221265_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs170.snc4/37856_407282739681_743769681_4662662_7958988_n.jpg



Jazaakumullahu khairan kathira,

Akhukum,

Mohd Faez Bin Kadir @ Salleh
Ketua Unit Pembangunan Insan,
PERUBATAN Caw. Iskandariah 2010/11.

Wednesday, 21 April 2010

[KELAS] PCI: Madrasah Cendekiawan ar-Razi


frowarded from alexmed

Assalaamualaikum WBT.

Madrasah Cendekiawan ar-Razi di bawah pimpinan Ustaz Salman Maskuri akan diteruskan seperti biasa pada minggu ini. Khas buat mahasiswa mahasiswi Iskandariah, anda sangat dialu-alukan untuk sama-sama hadir memenuhi ruangan majlis ilmu pada Jumaat ini bersamaan 23 APRIL 2010. Namun terdapat sedikit perubahan pada tempat. InsyaAllah kelas akan diadakan di MARKAZ UPI Sporting (Rumah Syairazi @ Duang).

Madrasah Cendekiawan ar-Razi kini dibuka kepada semua pelajar-pelajar yang berminat untuk terus istiqamah menuntut bersama Ustaz Salman. Oleh kerana ruang begitu terhad, pihak pengelola meminta perhatian sesiapa yang berminat untuk memberi nama untuk PENDAFTARAN. Kertas pendaftaran akan diedarkan dalam dewan kuliah masing-masing. Pendaftaran dibuka mulai sekarang, Percuma tanpa sebarang Yuran.

Diharap sahabat-sahabat tidak terlepas peluang keemasan ini untuk terus melebarluaskan medan pengajian ilmu. Sama-sama kita mengambil ihtimam @ cakna semoga kita menjadi orang yang terpilih sebagai penuntut di Madrasah Cendekiawan ar-Razi. Tidak lupa kepada para MENTOR Iskandariah, anda sangat-sangat diharapkan untuk turut serta mendaftar bersama Madrasah Cendekiawan ar-Razi untuk menambah pengetahuan dan memantapkan kefahaman selaku pembimbing dan qudwah kepada para mentee.

Antara objektif ditubuhkan Madrasah ar-Razi ialah:
  1. Memperkukuhkan ilmu pengetahuan pelajar tentang aqidah dan akhlak dalam islam
  2. Memperkemaskan disiplin ilmu agama bakal doktor supaya lebih berkembang luas, tersusun dan teratur sesuai dengan keperluan dalam bidang kedoktoran.
  3. Mempersiapkan diri dan jiwa ahli PCI umumnya dan para mentor khususnya.
  4. Melatih mahasiswa mahasiswi untuk bersedia ke arah menjadi pendakwah masa depan bagi menghadapi mehnah dan tribulasi yang lebih tercabar.
  5. Menyuburkan suasana ilmiah dan biah solehah dalam golongan bakal doktor serta memantapkan iklim dini (keagamaan) di bumi Iskandariah.

Semoga dengan kerjasama anda semua akan melancarkan lagi perjalanan Madrasah Cendekiawan ar-Razi ini.
Daftarlah Segera!!




Mohd Faez Bin Kadir @ Salleh,
Ketua Unit Pembangunan Insan,
PERUBATAN Caw. Iskandariah Sesi 2010/2011

Tuesday, 20 April 2010

[KELAS] PCI: Kelas Perbincangan Editing Video

http://i931.photobucket.com/albums/ad156/mya_0810/windows-7-blue-orange-black-wallpap.jpg

forwarded from alexmed, posted by Yadiy

Kepada sahabat-sahabat mahasiswa/wi Iskandariah,
Kelab Cyber Brigade akan meneruskan aktiviti kelas perbincangannya.
Kali ini
Kelas Perbincangan Editing Video akan diadakan pada :
Tarikh: 21 April 2010 (Rabu)
Masa : 8 Malam
Tempat : Tingkat 3 Asrama MARA


Dijemput semua mahasiswa/wi ikhwah dan akhawat yang berminat untuk hadir memeriahkan dan mengambil manfaat daripada kelas perbincangan ini.

p/s : Kepada yang berminat untuk menyertai kelas perbincangan grafik, anda dinasihatkan untuk
membawa laptop sendiri dan menginstall perisian ULEAD VIDEO PRO X3 dalam laptop anda.Namun ia bukan suatu kewajipan yang dimestikan.Ia hanya untuk memudahkan proses perbincangan dan aplikasi.

Sekian harap maklum, Wassalam.

Muhammad Yadiy Bin Abdullah
Ketua Unit Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH