assalamualaikum wbt.. insyaAllah pihak MARA akan menganjurkan jamuan bersempena Hari Raya Aidiladha yg akan menjelang tidak lama lagi.dan akan diedarkan tabung INFAQ di dlm semua lecture hall utk sesiapa yg bermurah hati utk menyumbang utk jamuan ini. disebabkan student2 tahun lima lect B skrg tgh elektif,semuanya belajar tempat yg berasingan,jadi kami akan lantik seorang wakil utk setiap elektif,utk mengutip duit infaq ini. segala pertolongan dan sumbangan dari mana2 pihak amatlah dihargai.syukran jazilan. 2. korban-rumah kelantan by kadir at alexmed kepada anak2 kelantan yang berada d alex, egypt. sape2 nak buat korban under rumah kelantan utk raya haji ni boleh bg nama kat saya (abdullah kadir) dengan segera.. unta satu bhagia 800le, kambing ikut harga semasa. sape2 nak, atau ade sebarang pertanyaan, bole kontek ustaz muaz (+20113265824) atau fatin husna nawi (+20148476323). atau sy sendiri. 3. Korban-Anak-anak Terengganu by aisyah at alexmed Salam w.b.t. kepada mana2 ahli KPT yang berminat untuk menyertai korban unta (LE 700-900), lembu/khoruf (LE850-1000), kambing (LE 500-700).. sila bagi nama anda kepada NUR FARHANA HANAFI di talian 0116452606.. sekian, terima kasih. SALAM EID MUBARAK.. 4. Promosi Hebat Korban Raya by safiq at alexmed bAhawa swsungguhnya bahawa TAWARAN HEBAT TELAH BERMULA.... tawaran TERBUKA SELAMA 3 HARI SAHAJA (SELASA,RABU DAN KHAMIS) LEMBU & UNTA - 1000 L.E SEBAHAGIAN KAMBING KAMPUNG - 700 L.E SEBAHAGIAN jika BERMINAT......... sms NAMA & JENIS BINATANG KORBAN yang diingini kpd 011-6748259 INGAT!!! sIapA cEpAt dIA dAPAt !!! 5. Ibadah Korban 1431 H PCI by azria at alexmed ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH " Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat ). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah)" ( QS. 108:1-3 ) " Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, keana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah) ". (QS. 22:34) Sunat-sunat dalam ibadat korban dan adab-adabnya : 1. Disunatkan tidak mencukur rambut atau bulu di muka dan badannya setelah masuk 10 Zulhijjah serta tidak memotong kuku sehinggalah selesai sembelih. Riwayat dari Ummu Salamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang ada padanya binatang yang ingin dikorbankan, lalu ia melihat anak bulan Zulhijjah maka jangan mencukur bulunya, dan memotong kukunya sehinggalah ia telah melakukan korban” 2. Disunatkan menyembelih korbannya sendiri. - Boleh juga digantikan kepada orang lain yang halal sembelihannya, lelaki atau wanita. - Disunatkan kepada orang yang diwakilkan itu alim dengan hukum-hukum sembelih agar ia lebih mengetahui tentang sunnah sembelih. - Apabila diwakilkan kepada orang lain untuk sembelih disunatkan kepada orang yang melakukan korban menyaksikan upacara sembelihan itu. Riwayat dari Abu Said Al-Kudri RA : bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Fatimah RA : “ Bangun ke korbanmu dan saksikannya, sesungguhnya titisan pertama daripada darahnya diampunkan pada kamu dosa apa yang telah lalu “ 3. Disunatkan bagi penyembelih membaca ‘bismillah’ dan bertakbir. Riwayat dari Anas RA bahawa Nabi SAW membaca bismillah dan bertakbir. Disunatkan berdoa kepada Allah Taala dengan berkata : “ Ya Allah terimalah ibadat korban dari kami “ Riwayat dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW menyembelih kambing biri-biri dan berkata : “ Dengan nama Allah, wahai Tuhan terimalah dari Muhammad dan dari keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad “ Cabang-cabang dari perkara korban : 1. Korban lebih afdhal dari sedekah sunat. 2. Tidak sah melakukan korban untuk orang lain yang hidup tanpa izinnya kerana korban adalah ibadah. Asal pada ibadah tidak boleh dilakukan oleh orang yang lain melainkan ada dalil, lebih-leibh lagi tanpa izinnya. 3. Tidak sah korban dari orang mati yang tidak mewasiatkan, sekiranya diwasiatkan boleh, pendapat lain mengatakan sah juga korban orang mati walaupun tidak mewasiatkan (diiktibar sedekah). Tempahan korban masih dibuka. - hanya LEMBU sahaja akan digunakan sebagai ibadah korban. - 1 bahagian lembu : LE 1200 Sila hubungi : Muhammad Norazri bin Noraznan Tahun 3 0116370077 muhammadnorazri@yahoo.com " Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." ( QS. 22: 37 ) 6. SEDEKAH KORBAN UNTUK PALESTIN-projek amanpalestin malaysia from a sister's blog assalamualaikum sahabat2, aidiladha bakal tiba, dan ini ada peluang untuk anda beramal dan menambah pahala dengan membantu sahabat2 kita di palestin. SEDEKAH KORBAN UNTUK PALESTIN-projek amanpalestin malaysia sedekah korban adalah sejenis sedekah, yang dikaitkan dengan ibadah korban kerana sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membeli haiwan kurban dan disembelih pada hari aidiladha untuk diagihkan kepada penduduk palestin.
bagi mereka yang mahu melakukan ibadah korban, juga ada projek korban:
STUDENT2 MEDIK ALEXANDRIA jika anda berminat,boleh bagi nama dan duit kpd saya, insyaAllah duit akan diserahkan kpd wakil amanpalestin di mesir-saya skdr membantu. (boleh bg duit genih yang sama nilai dgn rm350-ikut nilai semasa= 650LE) untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web amanpalestin.net semoga ia menjadi ruang utk kita merebut pahala dan ganjaran dari Allah, disamping membantu sahabat2 kita yang sentiasa berjuang di bumi palestin yang diberkahi. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, “membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefardhuan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah”. a link to watch: |
Tuesday, 9 November 2010
[EVENT] 'Eiduladha 1431: Doors of Opportunities
1. Jamuan Hari Raya Aidiladha MARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment