BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 5 October 2010

[PENGUMUMAN] Visa dan Pasport

by Nawwar at alexmed

1. regarding visa:

Salam wbt...
Selamat kembali ke kuliah semua..
Urusan visa ini melibatkan semua batch 2006/2012 tanpa mengira tahun pengajian ..

Seperti biasa, batch kita akan memulakan urusan memperbaharui visa pelajar. Visa terakhir akan tamat pada akhir Oktober.
Justeru, perkara- perkara berikut diperlukan untuk urusan tersebut:

1.) 4 salinan fotostat muka depan pasport lama
2.) 4 salinan fotostat muka depan pasport baru
3.) 4 salinan fotostat visa lama
4.) 4 salinan fotostat cop imegresen ketika masuk Mesir pada pasport baru
5.) 4 keping gambar berukuran pasport
6.) Wang tunai LE 105

N.B : 6 item tersebut adalah untuk mereka yang baru sahaja buat pasport baru ketika cuti musim panas tempoh hari kerana visa terakhir berada dalam pasport lama.
Bagi yang tiada masalah sedemikian, hantar 4 salinan fotostat muka depan dan visa pada pasport sedia ada beserta gambar dan wang.
Bagi yang belum membuat pasport baru dan akan memperbaharui pasport dari Mesir, juga hantar 4 salinan fotostat muka depan dan visa pada pasport sedia ada beserta gambar dan wang.

Hantarkan selewat-lewatnya pada Jumaat 8 Oktober 2010 kepada:
Ikhwah : Mohd Zakwan Md Muslim
Akhwat: Nawwar Afifah Zakaria

Sekiranya ada sebarang masalah, sila nyatakan semasa menghantar pasport.

Bagi kawan-kawan yang masih bercuti di Malaysia, harap dapat serahkan semua dokumen berkenaan sejurus sahaja kembali ke Alex.


2. regarding passport:

Sekadar survey....Masih sekitar isu pasport...

Sesiapa yang pasport sudah hampir tamat tempoh dan ingin renew dari Mesir tapi belum berbuat demikian, sila hantar nama anda kepada saya a.s.a.p selewat-lewatnya Rabu malam, 6 Okober 2010.

Hantarkan ke emel atau ym: nawwar_afifah@yahoo.com.sg

Sekian, terima kasih.


Nawwar Afifah Binti Zakaria
5th year
IUMP AFM
Timb. Ketua Unit Kebajikan PCI.

0 comments: