BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 11 December 2010

[ARTIKEL] Ketika Aku Lupa...

from http://tongkatkaren.blogspot.com/


Ujian itu tanda sayang Allah kepada hamba-Nya...
Tanda kejayaan walau tidak dipamerkan secara jelas.Tanda penghargaan-Nya untuk menaikkan darjat kepada lebih baik.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? (Al-Ankabut ; Ayat 2)

Ujian merupakan guru yang tidak berkata-kata.Pendidik yang membawa mesej dari Pencipta untuk mengingatkan kita yang sering alpa.Kerana kejahilan kita, ujian yang datang sering disambut hina dengan sumpah seranah dan kejian.Tidak kurang yang berdendam hati serta buruk sangka kepada Allah yang menentukan segalanya.Nauzubillah...

Allah itu Maha Pengasih...Jauh sekali untuk menyusahkan hamba-hambaNya.Segala yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya untuk yang masih bernafas.Ambillah selagi masih ada peluang.Koreksi dan muhasabah selagi ruang masih terbuka luas.

Usai perjumpaan smartcircle bersama Ustaz Naim sebentar tadi, kata-katanya masih lagi terngiang-ngiang.Buat pembakar semangat yang hampir lesu.Mencipta satu percikan modul semangat yang baru dalam diri.
Soalan ditinggakan...Jawapan diperlukan...

"Jika kita berasa gembira menghadapi ujian akhir tahun kerana telah layak dan berjaya mengharungi setahun pengajian, mengapa tidak berasa gembira kerana mendapat ujian dan peringatan daripada Allah?"

"Jika kita berasa bangga kerana guru yang bijak pandai mengambil perhatian, menilai dan mengiktiraf kita dalam setiap ujian, mengapa tidak kita berasa lebih bangga pabila Yang Maha Bijaksana lebih mengambil perhatian serta memberikan pengiktirafan-Nya dalam setiap ujian yang diberikan?"

Sejenak berfikir...Barulah saya fahami bahawa ujian Allah itu suatu kejayaan...


note: the owner has created a new site: http://www.qamarulazwan.com/

0 comments: