BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 5 July 2010

[PENGUMUMAN] Berkenaan Bank Draft

from alexmed, posted by din kawen

Assalamualaikum wbt. Bittaufiq wan najah fil imtihan bagi semua yg sedang menghadapi peperiksaan.


Sedikit makluman dan peringatan berhubung proses menunaikan cek BIMB yg telah diterima oleh semua. InsyaAllah ringkas sahaja tetapi amat penting dan wajib diketahui dan dilaksanakan oleh pemegang akaun ABC :

1) Di Mesir, cek tersebut hanya sah utk ditunaikan di akaun bank ABC shj. Shbt2 mungkin mempunyai akaun bank2 lain disini seperti National Bank of Egypt, CIB or HSBC namun cek tersebut seperti yg telah dipersetujui oleh pihak BIMB dan ABC hanya sah ditunaikan di ABC.

2) Di Malaysia nnt sekiranya shbt2 ingin tunaikan cek disana. Satu-satunya cawangan BIMB yg boleh menjalankan proses tunai cek tersebut adalah Bank Islam Cawangan Medan MARA. Jadi anda wajib pergi kesana dan menurut kata Pengurus BIMB yg datang td iaitu Tn Hj Taib beliau akan mengusahakan agar dibuka satu kaunter khas utk proses tunai cek kita apabila kita pulang nnt. Apa yg diperlukan adalah Kad Pengenalan shj.

3) Sebahagian daripada kita telah pun pergi ke ABC sebaik shj menerima cek td dan saya difahamkan bahawa sebahagian mereka terpaksa bank-in cek tersebut ke dalam akaun USD setelah diarahkan oleh pegawai bank (pulak daa). Tiada masalah, kalau itu kata mereka maka ikutkan shj dan nanti sila amik duit elaun anda daripada akaun USD. Sekumpulan yg lain pula telah berjumpa dengan manager ABC dan boleh bank in ke dalam akaun Genih. Dua-dua pon boleh tapi lebih baik akaun Genih.

4) Terima kasih daun keladi kepada semua yg memberikan kerjasama tadi. Kepada sesiapa yg meminjamkan Stapler anda berwarna biru dan hitam dan juga beberapa batang pen dan masih belum menuntut barang2 tersebut, barang2 anda selamat di tangan Ustaz Ishak di Pejabat MARA dan anda boleh menuntut barang2 anda bila2 masa.

5) Jangan lupa! Pastikan Bank-in Slip anda dihantar kepada Pejabat MARA setelah selesai urusan anda di ABC. Sila tulis di sebelah atas Bank-in Slip tersebut samada USD ataupun EGYPTIAN POUNDS bergantung kepada akaun yg telah anda tunaikan cek ke dalamnya. Jangan lupa!

Sekian terima kasih. Selamat maju jaya. Selamat tunaikan cek.

MOHD HAFIDZUDIN BIN ABD RAZAK
Ketua Unit Kebajikan PCI
another thing, by Zainal
Sekadar peringatan terutamanya yang tak dapat hadir masa perjumpaan tadi. Selepas bank in bank draft korang di ABC Bank, korang akan dapat slip warna pink dari pihak bank. Sila tulis dekat slip tu kat bahagian atas as short note, ke mana draft berkenaan dimasukkan, sama ada akaun EGP or USD, kemudian pastikan slip tu dihantar kepada Ust. Isahak, jangan tangguh2 nanti lupa, MARA nak slip tu. Harap semua orang boleh beri kerjasama.

All the best buat yang tgh exam dan bakal exam, Rabbuna yusahhil wa yunajjih insyaAllah.


0 comments: