September 2010: the month of Ramadhan and 'EidulFitri, weddings and summer Holiday
7: raden
9: solihin (sean), fakhruddin (kuding)
10: che mohd hanif
15: syafiq(mat peet), wan zurainah
16:rahman, nawwar
21: faizatul izzati
26: noor shuhaini
29: noor hidayah (bt mohd norbi)
couldn't find the time to search for a nice video to go with, but do remember to pray for them, not only during this particular occasion, but also continuously in our prayers.
May Allah bless them, help them in their good-doings, forgive their sins and accept their deeds.
for more important events and dates, visit the Red Alert (or check it at the bottom of the blog)
Tuesday, 31 August 2010
[PENGUMUMAN] 'Eid Milad Saeed!!
Posted by the Red Dragon at 18:03 0 comments
Labels: birthdays, pengumuman
Monday, 16 August 2010
[ARTIKEL] Ucapan Selamat Pengantin Baru Pengerusi PCI Kepada Pasangan Pengantin Iskandariah
nice speech, nice atricle
by Rahim, at alexmed
Ucapan Selamat Pengantin Baru Pengerusi PCI
Kepada Pasangan Pengantin Iskandariah
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهDengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah SAW. Perkahwinan merupakan salah satu sunnah Rasulullah dan ALLAH juga menggalakkannya.“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antarakamu”. (Surah al-Nuur: 32).Perkahwinan menyatukan dua makhluk ciptaan ALLAH yang berbeza jantina iaitu lelaki dan perempuan untuk mereka saling melengkapi bagi menyempurnakan ibadah kepada ALLAH SWT. Perkahwinan menawarkan peluang kepada ahlinya untuk mengecapi ketenteraman, kasih sayang, bahagia, kesenangan, jauh dari keluh kesah, tidak berseorangan, murah rezeki dan menjaga kehormatan diri masing-masing. Melalui perkahwinan lahirlah perasaan cinta dan kasih sayang yang halal di sisi syarak dan disukai oleh ALLAH SWT.“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untukkamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antarakamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.(Surah al-Rum: 21)Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari.Cinta yang terbitdarisatu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.Dalam menghadapi perkahwinan, kemahiran komunikasi memainkan peranan yang sangat penting. Tambahan pula dengan kesempitan ruang masa,dek dunia yang mencabar dan ujian-ujian yang sentiasa menimpa dari semasa ke semasa. Maka oleh itu wajarlah kepada yang telah, sedang dan akan berkahwin menguasai kemahiran ini dalam memastikan komunikasi yang optimum dan penggunaan masa bersama yang berkualiti.Menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah merupakan idaman setiap pasangan yang berkahwin. Namun beraparamai pula yang mampu untuk menjadi ayah danibu yang baik untukanak-anakmereka?Oleh itu ilmu keibubapaan juga penting dalam melahirkan anak yang soleh dan solehah. Persediaan melahirkan anak yang soleh dan solehah bermula dari ibu bapa itu sendiri. Bukan selepas anak dilahirkan, tetapi sebelum berkahwin lagi perlu membuat persediaan.Oleh itu, saya mewakili seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah khususnya dan ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah amnya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua pasangan yang akan berkahwin pada tahun ini iaitu:
Ahmad Farhan Bin Mahabot dan Nur Sa’adah Binti Zaimi Mohd Fadhil Bin Ab Latif dan Nik Haslimatom Binti Nik Hassan Tengku Muhammad Fakhruddin Tg Md Fauzi dan Siti Aisyah Binti Mohd Atif Bin Shamsudin dan Raja Suhaili Binti Raja Amir Iskandar Ahmad Tarmizi Mohamad Zin dan Siti Noor Fairuz Binti Mohd Arshad Khairunnisa Binti Haji Mohd Idris dan Dr. Mohd Fahd Adeeb Bin Mohamed Ashraf Anisah Binti Ali dan Saiful Islam Bin Saffia'ai Nurul Atikah Binti Ab. Latiff dan Ahmad Eisa Bin ZakariaYa ALLAH, berkatilah mereka, himpunkanlah mereka dalam kebaikan dan kasih sayang yang berpanjangan dan kurniakanlah kepada mereka lidah yang lembut dan sentiasa menyebut nama-MU, hati yang bersih, iman dan ketaqwaan yang mantap, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi, saling menyayangi, bertolak ansur dan memahami antara mereka sertahidup dalam kebahagiaan dan ketaqwaan.Selamat Pengantin BaruTaqwa, Syifa', RahmahIlmuan Berbakti, Teguh SehatiAbdul Rahim Bin Suhaini,Pengerusi ,PERUBATAN Cawangan Iskandariah,Sesi 2010/2011
Posted by the Red Dragon at 05:12 0 comments
Labels: artikel
[PROGRAM] Daurah Kitab dan Majlis Berbuka Puasa
by faez, at alexmed
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sukacita ingin dimaklumkan di sini bahawa, Unit Pembangunan Insan akan menganjurkan satu lagi Diskusi Kitab dan Majlis Berbuka Puasa bersempena ihya' ramadhan kali ini.
Di sini disertakan butir-butir mengenai program diskusi tersebut;
Tajuk Kitab : "أحكام حديثي العهد بالإسلام"
Penyampai : Ustaz Muhammad Fairuz Bin Tamjis
Tarikh: 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431 H
Hari : Selasa
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Asrama MARA.
Diskusi akan diakhiri dengan majlis berbuka puasa. Juadah berbuka puasa akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta dialu-alukan juga untuk membawa juadah tambahan.
Akhir kalam, ayuhlah kita memanfaatkan peluang ini untuk menambah kefahaman dan meluaskan lagi ilmu pengetahuan.
Jazaakumullahu khairan kathira,
Akhukum,
Mohd Faez Bin Kadir @ Salleh
Ketua Unit Pembangunan Insan,
PERUBATAN Caw. Iskandariah 2010/11.
Posted by the Red Dragon at 05:11 0 comments
[ARTIKEL] Perutusan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah Sempena Ramadhan 1431 Hijrah
can be made into a nice article. it's not too late right?
by Rahim, from alexmed
Perutusan Pengerusi PERUBATAN Cawangan IskandariahSempena Ramadhan 1431 Hijrahبسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji kepada ALLAH, Tuhan Pencipta manusia yang masih membenarkan kita sekali lagi untuk bertemu dengan satu bulan yang yang dinanti-nanti. Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, dilipatgandakan segala amalan juga bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejarnilai TAQWA.
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telahdiwajibkan keatasdirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan keatas umat sebelumkamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”
Tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah SAW sering mengingatkan para sahabat baginda akan erti dan nilai bulan yang sangat mulia ini. Semuanya adalah untuk kita mengambil peluang yang dibuka luas oleh ALLAH SWT sebanyak-banyaknya pada bulan ini seperti mana dalam sepotong hadith, Baginda SAW bersabda:
Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan keatas kamu oleh Allah ‘AzzawaJalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]
Sudah terang lagi bersuluh, jalan kesyurga telah ALLAH buka seluas-luasnya untuk orang-orang yang bijak memanfaatkan peluangini. Ianya ibarat di depan mata kita disediakan satu jet peribadi untuk menerbangkan kita ke Malaysia, dengan keadaan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, cuti yang panjang dan ibubapa yang tersenyum ceria menanti di rumah dengan pelbagai hadiah. Hanya yang tinggal adalah untuk kita menggerakkan anggota tubuh badan menaiki jet tersebut yakni mengambil peluang yang ditawarkan. Namun kita sikit pun tidak mengendahkannya. Malah menutup mata, menafikan kewujudannya.
Maka begitu jugalah dengan Ramadhan.
Apabila pintu syurga telah dibuka, pintu neraka telah ditutup, syaitan juga telah dilemahkan potensinya untuk mengganggu manusia, malah pelbagai insentif dan gandaan pahala yang ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk memperolehinya, ia menandakan kita memang tidak minat dengan ALLAH, tidak berminat dengan tawaranNYA, tidak kisah akan syurga dan neraka. Maka sesungguhnya, orang-orang ini tidak mendapat rahmat ALLAH SWT. Semoga kita dijauhkan daripada bersikap sedemikian.
Bulan ramadhan adalah bulan Tarbiyah. Satu bulan yang cukup sesuai untuk mendidik diri menjadi muslim yang lebih baik. Kita diajar untuk mengatakan TIDAK untuk sesetengah kemahuandan keinginan diri, semata-mata kerana mahu mentaati ALLAH SWT. Itulahsebuah LATIHAN yang ditawarkan oleh madrasah Ramadhan. Melalui LATIHAN inilah terbentuknya peribadi muslim yang hebat yang mempunyai kekuatan untuk mengawal keinginan dan kemahuan, agar kita tidak terus menerus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri.
Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang disembah? Lalu dia disesatkan oleh Allah dalam keadaan dirinya berilmu dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakahlagi yang dapat member hidayah petunjuk kepadanya sesudah? Olehitu, mengapa tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyyah : 23]
Ibadah yang disukaioleh ALLAH adalah ibadah yang istiqamah. Janganlah selepas berakhirnya Ramadhan ataupun di hujung-hujung Ramadhan, kualiti ibadah semakin menurun dek kebosanan dan keletihan melaksanakan ibadah. Tetapi sepatutnya graf keimanan semakin meningkat seterusnya menyiapkan diri kita untuk menghadapi setahun yang mendatang sehinggalah Ramadhan yang seterusnya tiba.
Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Iskandariah menyeru kepada semua ahli agar merebut peluang yang ditawarkan oleh ALLAH sepanjang bulan Ramadhan ini sebaik mungkin dan berharap Ramadhan kali inilebih baik dari Ramadhan yang lepas. Isikanlah Ramadhan ini dengan berterawikh, membaca dan mentadabbur Al-Quran, bersedekah, qiyamullail, berdoa sebanyak-banyaknya dan cuba sebaik mungkin membaiki diri.
PERUBATAN Cawangan Iskandariah juga tidak lupa menyeru semua ahli untuk kita bersama-sama menghidupkan bulan yang penuh berkat ini dengan program-program yang bakal kita adakan. Antaranya termasuklah Qiamullail, Iftar jamaei, tadarus al-quran, diskusi kitab dan lain-lain lagi. Sesungguhnya setiap program yang kita adakan ini tidak lain melainkan untuk kita mengambil manfaat bersama-sama. Unit Pembangunan Insan akan mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak ahli dalam memakmurkan lagi ramadhan kali ini.
Sertakanlah jiwa kita bersama untuk membasuh segala hasutan nafsu yang ada. Jadikan peluang yang ada ini untuk mengikuti sebanyak mungkin aktiviti yang semestinya lebih mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT. Ingat, syaitan telah pun dibelenggu, maka yang ada Cuma hawa nafsu yang akan menguji kekuataniman kita. Bersedialah sebaiknya supaya kita tidak terpedaya dan hanyut dengan dunia.
Sabda Nabi saw : “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurun kan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan Dia membangga-banggakanmu kepada malaikat-Nya, makatunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu.Karena orang-orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini."
“Rahmat, Keampunan, Pembebasan daripada api neraka”
SelamatmenyambutRamadhan Al-Mubarak
Abdul Rahim Bin Suhaini,
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah
1 Ramadhan 1431 Hijrah
Posted by the Red Dragon at 05:08 0 comments
[AKADEMIK] regarding attachments
i hope this is not too late....
1. Hospital Raja Perempuan Zainab 1, Kota Bharu
by aina klose at alexmed
2. Hospital SerdangSalam wbt.-1st of all, selamat menjalani ibadah puasa kpd semua.-orite, straight to the point. regarding to the title, sy and member tgh mencari geng utk buat posting kat Hospital Raja Perempuan Zainab 1, Kota Bharu (yg dkat ngn stadium tu).-sy and member sy dh pegi tnye one of the officer kat sne. dia kate, mmg plg kurang 3mgu kne buat posting. TAK BOLEH KURANG. *xsmpat nk ckp kalo nk lg kurang. dh kne potong dh. haih~*-tp ape pon, kteorg dh tekad nk buat. so, 3mgu pon, layan jelah 3mgu. everyday ye kawan2. so, take note la if sape2 mmg dh ade niat nk buat posting kat hosp kb ni.-kteorg plan nk buat 2nd week of ramadhan. kalo nk buat lpas raya, mmg xdpat la.-if sape2 interested, bleh contact kteorg:Nurul Ainaa Mohd Jaafarno hp : 010 5754695emel : nena_klose@y. cNur Izzati Zahariemel : othellomd@gmail. com-kalo bleh, contact kteorg plg lmbt smpai 20hb Ogos je. sb nnt kalo lmbt sgt, lmbt la kteorg start.-take note, yg jemputan ni x restricted utk org KB sahaja . mne la tau org terengganu (org besut ke, org kuala berang, org manir) nk join skali, kami sgt2 alu2kan =D. kat sni byk je homestay and rumah kami pon ade (pompuan jelah) .hehe.sekian terima kasih.ps : hopefully dpt feedback yg bgus especially drpd dak2 KB yg mmg dh ade surat from dean. rugi je ade surat tp x buat skrg. rugi2.ps2 : ni ade link FAQ about elective posting kat msia and ade la dlm tu application letter. sila click kat sni. sila bace btol2 okey? :)ps3: btw, just nk bgtau yg HUSM mmg xleh apply direct. dia kne apply 3months b4 nk buat posting. becoz HUSM tu teaching hospital. specialist diorg dh mmg ade beribu students. tetibe nk tmbah lg students kat luar neh. mmg xdpt la. kne apply awl so that diorg bleh arrange specialist tu available ke x utk kte. hurm, tu je kot. sori pjg lebar. selamat berpuasa!
by anwar at alexmed
Assalammualaikum. .barangsiapa nak wat tachment kat spital serdang,yakni di jabatan forensik (sahaja).boleh datang pada awal pagi pukul 8.smpai kol 5. (ikut office hour)ini khas kepada warga perubatan iskandariah sahaja.tidak terbuka sekiranya anda dari fakulti perubatan UM, HUKM, USM, ATM, TLDM dan sebagainya.seminggu OK kot. kalau nak lebih ilmu, boleh stay lg lama.3 minggu sangat nice.2 minggu pn cukup kot.kalo nk wat sebulan, ermm..boleh kontek saya, Anwar azhari. a.k.a. taufiquepakai ym: unaruto_warpakai henpon: 0193678963settle.selamat berpuasa. sori r. jemput lambat sket. tp ok jer. sukahati korg r. ad rasa ragu2, call je no yg dh tertera.tq n hv a nice ramadhan
Posted by the Red Dragon at 05:03 0 comments
Labels: akademik, attachment
[PENGUMUMAN] regarding the flights
by mademoiselle A at alexmed
Assalamualaikum wbt..
perhatian kepada mana-mana pelajar yang bakal berangkat ke malaysia,dan membeli tiket di PEARL travel...
bertarikh 25 dan 27 OGOS 2010...
KUWAIT dan QATAR..
akak pearl travel tu pesan,
waktu penerbangan antum diawalkan satu jam dari masa yang tercatat di tiket..ok,selamat pulang ke malaysia..
Posted by the Red Dragon at 05:01 0 comments
Labels: pengumuman
[AKADEMIK] regarding surgery repeat
by nazri at alexmed
Assalamualaikum.
Ramadhan Kareem. Kullu Am Wa Antum Bikhair.
Selamat berpuasa semua.
A little bit information about the revision class for surgery, the new information that I got from Sukainah (Saudi Arabian student) is that the schedule for the revision class is already present with Dr. Wafaa Abder Rahman.
She also informed me that the surgery department is going to make the revision class only if 95 % of the repeaters are attending - which I guess is a very difficult figure to be achieved since some of the repeaters already went back to Malaysia yesterday and another number will do that today and another number will do so in these few coming days.
So for those repeaters who are keen to attend or want to know more about this issue, they can kindly contact Dr Wafaa Abder Rahman.
The following is the copy of the e-mail from Sukainah to me for your interpretation to avoid errors on my part while conveying this information.
"Hello, nazri, how are you?
well, unfortunately, there's kind of problem in this issue..
I just heard that the schedule has been just confirmed, but it took so long, that some of students won't attend because they already have poked their tickets back home
how ever, this is a fresh news, and just heard that from my colleague, you can get the exact information from Dr. Wafa'a because she has the schedule, but you need to tell her about the number of your attendant colleagues because they want to do this session for at least 95% of the students who have to repeat the exam.. but as I said, please, Go to Dr. wafa'a and ask her bout the arrangement s soon as possible..
best of luck and have a good vacation :)
again
all mine ! "
Thank you and Happy Ramadhan.
Nazri Manshor.
Posted by the Red Dragon at 05:00 0 comments
