by nawwar at alexmed
Semoga sihat-sihat warga Alex sekelian dalam dingin syita' kali ini..
Ramai sudah mula bertanya....."apa khabar pasport kami?"
Alhamdulillah, pasport kita sihat-sihat belaka..masih warna merah lagi...
Perkembangan urusan visa setakat ini adalah seperti berikut:
Tahun 5: Dalam proses mendapatkan cop visa. Setakat hari ini, baru 71 pasport berjaya dapat visa. Yang lain masih menanti panggilan dari gawazat.
(SIAPA RASA BELUM HANTAR PASPORT LAGI SILALAH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN SEGERA UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KECICIRAN. PENGECUALIAN KEPADA YANG MASIH MENANTI PASPORT BARU)
Tahun 1: Dalam proses. Setakat ini, sudah dapat nombor siri gawazat (4 angka). Visa pelajar tahun 1 sah untuk tempoh 6 bulan sahaja, selepas itu baru boleh mohon untuk visa setahun. Anggaran tempoh menunggu sebelum sempurna urusan visa ialah minimum 2 bulan.
Tahun 2: Dalam proses. Juga sudah dapat nombor siri gawazat (4 angka). Anggaran tempoh menunggu sebelum sempurna urusan visa ialah minimum 2 bulan.
Tahun 4: Baru hendak proses. Anggaran tempoh menunggu sebelum sempurna urusan visa ialah minimum 2 bulan.
Tahun 3: Baru hendak proses. Anggaran tempoh menunggu sebelum sempurna urusan visa ialah minimum 2 bulan.
AWAS - Pasport-pasport yang abnormal (kerana terkeluar dari kelompok sendiri, keciciran, melibatkan bayaran penalti, tidak mengikut flow batch masing-masing) akan diurus paling akhir mengikut kategori pasport abnormal. Pasport yang bermasalah ini akan dikumpul dari semua bacth dan diurus bersama-sama (tak tau la dia nak selit kat mana, lepas bacth mana...) Maka jadi lah urusan tersebut semakin lambat.
Beberapa persoalan yang sering kedengaran...
Kami nak travel luar Mesir, tapi visa xde..boleh ke?
Boleh je...TAPI...(ikut rezeki masing-masing) nombor siri 4 angka dalam pasport akan terbatal secara automatik. Keluar dari Mesir, kena bayar denda di airport. Masuk semula ke Mesir tiada masalah. Selepas itu kena ulang semula semua prosedur untuk permohonan visa belajar + bayaran ghoromah (penalti) sebanyak lebih kurang LE153 + tunggu lagi minimum 2 bulan sebelum sempurna urusan visa.
Universiti urus visa lambat sangat, nak buat sendiri lah..murah pun murah..
Hmmm..silakan...TAPI...jangan lupa kerenah arab di imegresen lagi dahsyat dari admin universiti. Borang-borang kena isi sendiri, urus sendiri, cakap sendiri, datang semula selepas sekian-sekian minggu, tasdiq kuliah kena bawa, ulang alik gawazat....etc..renyah la juga.
Nak mudah cerita, saya sangat-sangat TIDAK menggalakkan mana-mana pelajar IUMP urus visa secara persendirian. Urusan visa kerja universiti, urusan kita belajar. Di bawah selian Madam Sana' dan pasukannya, semua dokumen kita untuk urusan permohonan visa disediakan, semua borang-borang mereka yang isi, semua serba serbi mereka yang buat. Kita hanya serah pasport, gambar, duit dan fotostat salinan yang berkaitan. Kenapa LE105 kita bayar sebab mengambil kira mereka yang banyak membantu mengurus lebih seribu borang-borang kita (anggap sebagai sagu hati la untuk mereka).
Sedikit pesanan (walaupun macam agak lambat, tapi nak cakap juga):
1.) Sila pastikan anda menyimpan salinan fotostat muka depan pasport sendiri (kalau ada visa, visa sekali). Bawa ke mana sahaja anda pergi. Akhawat kalau banyak beg, fotostat banyak-banyak, simpan dalam setiap beg.
Pasport adalah identiti pengenalan diri anda di luar negara. Kad pengenalan tak laku. Ini akan lebih membantu diri anda sendiri dalam sebarang urusan harian, kecemasan etc...
2.) Sila lah merancang percutian anda dengan bijak. Bukan setakat mengambil kira tempoh cuti, peperiksaan, studies tapi urusan visa juga.
Sekiranya anda terkeluar dari kelompok anda (untuk urusan visa ni)..prognosis adalah seperti yang tertulis di atas.
Anda bertanggungjawab atas setiap keputusan yang anda ambil.
Pesanan akhir, silalah bantu memudahkan urusan kawan-kawan anda yang banyak membantu memudahkan urusan anda. Semoga Allah redha.
Sebarang masalah boleh hubungi saya atau Hafidzuddin.
Selamat menghadapi imtihan terutamanya bacth tahun 3. Semoga lulus cemerlang.
Jagalah kesihatan sebaiknya di musim sejuk ini.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment