from alexmed, posted by Nawwar
to change the font requires too much work. too read the part that can't be read, just highlight them and presto! it's now readable
Salam wbt,
Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama warga Alex sekelian..
Berkenaan dengan isu 'elaun bulan Jun 2010 lambat masuk', alhamdulillah perkara tersebut dapat ditangani. Pihak ABC bank sudah mula mengkreditkan elaun berkenaan kedalam akaun pelajar secara beransur-ansur. Jadi boleh la tengok-tengok.
Pelajar yang masih belum menerima elaun Jun 2010, sila laporkan diri anda ke email berikut:
Ikhwah kepada dr_hafidz87@ yahoo.com
Akhawat kepada nawwar_afifah@ yahoo.com. sg
Hantarkan NAMA PENUH dan TAHUN PENGAJIAN anda.
Hasil perbincangan oleh pihak berwajib dengan ABC bank mendapati bahawa punca kelewatan elaun pelajar bukanlah kerana 'bank charges' yang tertunda, tetapi kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak bank.
Semua sedia maklum bahawa mulai tahun ini, no akaun pelajar di ABC bank telah berubah. Sebelum ini, pertukaran no akaun pelajar tidak mendatangkan sebarang masalah untuk urusan TT antara BIMB dengan ABC bank. Namun pada kali ini (Allah nak uji sikit), urusan TT untuk elaun Jun 2010 sedikit sebanyak terganggu hingga menyebabkan kelewatan selama lebih dua minggu.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, InsyaAllah untuk bulan-bulan berikutnya, MARA akan terus kreditkan elaun kedalam akaun baru pelajar tanpa perlu melalui proses 'manual transfer' oleh pihak ABC bank (dari akaun lama ke akaun baru...mereka tak cukup kaki tangan)
Untuk menyelesaikan urusan tersebut, pihak MARA memerlukan beberapa data. Semua urusan tersebut akan diselesaikan secara berperingkat, bermula dengan pelajar-pelajar batch 2006/2012 diikuti oleh batch 2007/2013 dan 2008/2014. Sehubungan dengan itu, unit kebajikan memohon kerjasama daripada semua mahasiswa/i Iskandariah yang menggunakan ABC bank untuk sentiasa 'alert' dengan sebarang pengumuman daripada unit kebajikan (walaupun semua sedang sibuk nak exam) berkenaan hal ini supaya dapat diselesaikan dengan sempurna.
Sebagai permulaan,
mohon perhatian kepada semua pelajar tahun 4 batch 2006/2012 untuk menghantar:
1.) NAMA PENUH
2.) NO KAD PENGENALAN
3.) NO AKAUN TERBARU ABC BANK (sila tanya di kaunter khidmat pelanggan ABC bank sekiranya ragu-ragu. No akaun yang tertera dalam slip bank ATM adalah tidak lengkap)
* Hantarkan secara berkumpulan mengikut rumah masing-masing. Mohon ketua rumah ambil peranan.
* Ikhwah sila reply ke email dr_hafidz87@ yahoo.com
Akhawat sila reply ke email nawwar_afifah@ yahoo.com. sg
* Sila hantar maklumat tersebut SEBELUM Isnin 21/6/2010
Seperkara lagi, urusan pertukaran akaun (daripada ABC bank ke CIB bank) dibekukan buat sementara waktu. Satu ketetapan telah dibuat untuk mengekalkan dan terus menggunakan akaun sedia ada di ABC bank untuk semua urusan elaun, berdasarkan beberapa kelebihan yang terdapat di ABC bank (disebalik seribu satu kekurangan mereka).
CIB bank memerlukan minimum LE5000 untuk membuka akaun baru (kecuali kes-kes khas yang berjaya buka akaun CIB dengan nilai permulaan yang lebih rendah). Untuk setiap bulan berikutnya, nilai minima yang mesti ada dalam akaun juga ialah LE5000. Kalau kurang, bank akan potong. Syarat sebegini tidak dikenakan oleh ABC bank. Nak keluar habis semua duit tanpa tutup akaun pun xpe. Ini memberi kelebihan kepada kita sebagai pelajar.
(adik-adik tahun satu yang sedang 'kaya-raya' sekarang, silalah belanja duit dengan cermat ye :D)
Sungguhpun begitu, unit kebajikan tidak menghalang hasrat mana-mana pelajar yang ingin membuka akaun sendiri di CIB bank.
Sekian sahaja buat kali ini. Nantikan pengumuman-pengumum an seterusnya di lain waktu.
Sebarang kemusykilan dan persoalan, terus 'roger' ketua unit kebajikan (Din) atau timbalan (Nawwar) di talian hotline, email atau ym mereka.
Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih atas kerjasama.
Salam Imtihan.
Nawwar Afifah Zakaria
4th year
IUMP AFM
Timb. Ketua Unit Kebajikan PCI
0 comments:
Post a Comment